Sekolah dibuka semula pada hari ini setelah lebih kurang seminggu bercuti. Mungkin ada yang masih dalam 'mood raya'. Apa salahnya kan... Jangan sampai malas bekerja sudahlah ya ;) Apa yang pasti, semangat ceria, sikap pemurah dan pemaaf di Aidilfitri tidak seharusnya terhenti di penghujung cuti. Malah, semangat itu seharusnya terus menghiasi hari-hari kita agar hidup lebih harmoni.
Di kesempatan ini, pihak admin PeWaniS Kudat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. InsyaAllah, seperti yang telah diwar-warkan melalui surat ke semua sekolah sebelum cuti lepas, Majlis Muhibbah Syawal PeWaniS Daerah Kudat akan diadakan pada 29 Ogos 2012 (Rabu) ini pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan berkenaan tempat. Pada awalnya, majlis dirancang untuk diadakan di Rest House, Kudat. Namun terpaksa ditukar ke Hotel Ria kerana terdapat sedikit kekangan.
Jadi, kepada semua ahli... DATANG! JANGAN TAK DATANG! ;) Tak datang rugi! Inilah masanya kita berkumpul bersama, mengeratkan silaturrahim sesama kita...sambil-sambil mengatur strategi untuk memantapkan lagi persatuan. Dalam pada itu, dapat juga menjamu selera dan menghibur hati dengan aktiviti-aktiviti menarik yang telah diatur. Oh! Ada pelbagai hadiah menanti juga tau! Jangan lupa pakai baju raya yang paling 'grand'. Siapa tahu mungkin terpilih jadi 'Diva of the Day' nanti ;) Jumpa di sana...