Sunday, 12 August 2012

Bazaar PeWaniS

Marhaban Ya Ramadhan!

Salam buat semua.

Sempena Ramadhan ini PeWaniS daerah Kudat ada membuka gerai di Bazaar Ramadhan, Pekan Tomborungus, Kudat. Pelbagai juadah berbuka puasa (iftar) disediakan termasuklah beraneka jenis kek dan biskut untuk tempahan Hari Raya. Tempahan untuk Majlis Iftar dan moreh juga dibuka. 

Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan AJK Ekonomi PeWaniS; Pn. Suriati Hj. Habir (0142035491). Mana-mana ahli PeWaniS yang ingin melibatkan diri (menjual makanan, pakaian, dsb) adalah dialu-alukan.








Kepada semua warga pendidik di daerah Kudat, marilah bersama-sama kita berjual beli sambil beramal!

No comments:

Post a Comment